Jangan terus percaya gambar-gambar yang kita lihat di facebook. Semalam gambar kononnya ahli Pekida dan Perkasa mengadakan demo sambil membakar gambar Jesus tersebar di medial sosial facebook. Gambar tersebut serta merta menjadi "viral" dan mendapat beratus-ratus share dari pengguna facebook yang lain terutama di Sabah dan Sarawak. Sudah pastinya instant reaction mereka ialah marah dan terkejut (termasuklah saya sendiri!)
Tapi saya tidak mahu terus menuduh dan membuat sebarang kesimpulan tanpa usul periksa, dan setelah membuat sedikit "googling" di internet benarlah tanggapan awal saya bahawa gambar Jesus di bakar oleh NGO Melayu tersebut merupakan GAMBAR PALSU!
Perhatikan 2 gambar di atas, gambar pertama merupakan gambar NGO Melayu "membakar gambar Jesus" iaitu gambar yang telah di edit berdasarkan gambar ke dua. Gambar ke dua tersebut merupakan gambar tahun 2010 ketika NGO Melayu tersebut membuat demo berkenaan isu Namewee menerbitkan klip-klip video yang kontroversi. Rujuk isu asal di sini.

No comments :
Post a Comment