Wakil Rakyat Likas dari DAP, Junz Wong yang ingin menjadi hero tanpa usul periksa dalam insiden seorang gadis yang kononnya di cederakan dalam satu cubaan rompakan di Suria Shopping Mall pada 6 Januari lepas, telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin dari parti tempatan di akhbar-akhbar tempatan hari ini. Wanita SAPP dan juga timbalan Presiden LDP turut menyuarakan rasa kekesalan mereka diatas tindakan terburu-buru Junz Wong ini.
"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". Junz Wong telah memberi satu gambaran yang buruk dan tidak adil kepada imej Suria Shopping Mall, mendedahkan identiti gadis yang pada mulanya tidak ingin memperbesarkan hal ini sehingga menjadi kes Polis dan juga telah memberikan impak negatif dari segi keselamatan kepada industri pelancongan negeri ini kerana menyebarkan imej tangan gadis tersebut yang sedang berdarah di facebook dan whatsapp tanpa pengetahuan dan kebenaran gadis tersebut!. Dan apabila gadis itu mengakui beliau tidak dirompak dan hanya mencederakan dirinya sendiri untuk mendapat perhatian, Junz Wong cuba menutup aibnya sendiri dengan mengheret gadis tersebut sekaligus mendedahkan identitinya untuk meminta maaf dalam satu sidang media di Suria Shopping Mall pada 22 Januari lepas.
Gadis itu juga sekarang berhadapan dengan kes membuat laporan palsu berdasarkan laporan awalnya yang ternyata tidak benar. Adakah Junz Wong akan membantu gadis tersebut, kerana Junz Wong sendiri yang telah memujuk gadis tersebut untuk membuat laporan Polis pada awalnya.
Kerana mulut, badan binasa. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat. Tindakan Junz Wong tidak ikhlas dan akhirnya memakan diri sendiri!

No comments :
Post a Comment