Tuesday, 28 January 2014

Bayar bil, buat pasport anda di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah


Baru-baru ini saya ingin memperbaharui pasport lama yang baru saja tamat tempoh. Lalu saya pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Jalan UMS Likas, tempat asal pasport saya ini di buat. Tiba saja di sana pada jam 9 pagi hari bekerja, barisan pengunjung yang menunggu giliran sudah pun begitu panjang. Sistem pendaftaran mereka pula tiba-tiba mengalami masalah, pegawai bertanggungjawab membuat pengumuman kepada pengunjung sama ada ingin menunggu sehingga sistem kembali normal atau boleh ke cawangan mereka di Pusat Transformasi Bandar (UTC) berhampiran Wisma MUIS dan Menara Petronas.

Kerana memerlukan pasport baru dengan kadar segera, saya lantas bergegas ke lokasi dimaksudkan, bangunan lama yang dulunya dikenali sebagai Menara Khidmat kini telah diubahsuai menjadi sebuah Pusat Transformasi Bandar negeri Sabah. 

Selain perkhidmatan dari Jabatan Imigresen Malaysia, bangunan ini juga menempatkan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Pos, Sabah Credit, Balai Polis, Telekom Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Air Negeri Sabah, Klinik 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Kiosk bank CIMB serta restoran. Dan apa menarik perhatian saya, perkhidmatan di agensi-agensi kerajaan ini misalnya di Jabatan Imigresen Malaysia beroperasi dari 8.30 pagi sehingga 10 malam!

"Sambil menyelam, minum air". Bayangkan anda terutama warga Kota Kinabalu yang perlu membayar bil air, bil Telekom serta memperbaharui cukai jalan kereta anda, cuma pergi ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah, dan selesaikan segala keperluan di tempat ini tanpa perlu ke sana ke sini lagi. Cukup selesa dan memudahkan kerja terutama warga kota yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.

P/S: Cuma cadangan saya sebagai tujuan penambahbaikan, tambahkan lagi ruang parking untuk pengunjung kerana saya melihat potensi lokasi bangunan ini yang akan menjadi tumpuan lebih ramai pengunjung dalam masa terdekat.



Thursday, 23 January 2014

'Gadis dirompak di Suria Mall', Junz Wong dikecam ramai


Wakil Rakyat Likas dari DAP, Junz Wong yang ingin menjadi hero tanpa usul periksa dalam insiden seorang gadis yang kononnya di cederakan dalam satu cubaan rompakan di Suria Shopping Mall pada 6 Januari lepas, telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin dari parti tempatan di akhbar-akhbar tempatan hari ini. Wanita SAPP dan juga timbalan Presiden LDP turut menyuarakan rasa kekesalan mereka diatas tindakan terburu-buru Junz Wong ini. 

"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". Junz Wong telah memberi satu gambaran yang buruk dan tidak adil kepada imej Suria Shopping Mall, mendedahkan identiti gadis yang pada mulanya tidak ingin memperbesarkan hal ini sehingga menjadi kes Polis dan juga telah memberikan impak negatif dari segi keselamatan kepada industri pelancongan negeri ini kerana menyebarkan imej tangan gadis tersebut yang sedang berdarah di facebook dan whatsapp tanpa pengetahuan dan kebenaran gadis tersebut!. Dan apabila gadis itu mengakui beliau tidak dirompak dan hanya mencederakan dirinya sendiri untuk mendapat perhatian, Junz Wong cuba menutup aibnya sendiri dengan mengheret gadis tersebut sekaligus mendedahkan identitinya untuk meminta maaf dalam satu sidang media di Suria Shopping Mall pada 22 Januari lepas. 

Gadis itu juga sekarang berhadapan dengan kes membuat laporan palsu berdasarkan laporan awalnya yang ternyata tidak benar. Adakah Junz Wong akan membantu gadis tersebut, kerana Junz Wong sendiri yang telah memujuk gadis tersebut untuk membuat laporan Polis pada awalnya.

Kerana mulut, badan binasa. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat. Tindakan Junz Wong tidak ikhlas dan akhirnya memakan diri sendiri!

Monday, 20 January 2014

Pemuda Keadilan Ingin Boikot Barangan Jepun


Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah menghantar memo bantahan kepada Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur petang tadi berikutan pengusiran yang dibuat oleh negara Jepun terhadap Anwar Ibrahim ahad lepas. Mereka juga turut membawa sepanduk "Boikot Barangan Jepun" sebelum bertindak lebih kurang ajar lagi dengan memijak-mijak sepanduk yang berupa seperti bendera Jepun!

Kepada AMK, "cakap berdegar-degar, tahi sangkut di gelegar"! Jangan cakap besar tapi cuma omong kosong. Jepun merupakan rakan dagangan import Malaysia ke 2 terbesar selepas China sebanyak 12.5% setahun.

Setakat yang terlintas di fikiran setakat ini, saya sediakan senarai produk Jepun yang Pemuda Keadilan Malaysia perlu boikot (tidak terhad kepada produk tertentu)

1) Toyota
2) Nissan
3) Honda
4) Sushi
5) Ajinamoto

Yang lain kalau ada ingin tambah senarai ini dipersilakan

p/s: Gambar dari Malaysiakini 

Malaysia tidak mampu pengaruhi Jepun!


Apabila Anwar Ibrahim diusir keluar dari Jepun pada ahad lepas dengan pantas beliau membuat sidang akhbar memberi gambaran ada "tangan ghaib" dari Wisma Putra di Malaysia yang mempengaruhi Jepun supaya menghalang Anwar Ibrahim dari memasuki negara matahari terbit itu. 

Perkara pertama yang terlintas di kepala ini ialah mana mungkin negara kecil seperti Malaysia ini mampu mempengaruhi keputusan ataupun urusan pentadbiran negara kuasa besar di Asia seperti Jepun. Mana mungkin mereka mampu mengarahkan agar Jepun menghalang kemasukan Anwar Ibrahim ke negara mereka! 

Saya rasa Anwar Ibrahim hanya mahu menutup malu, sambil ingin meraih simpati orang ramai. Antik nya itu memang sudah kita tahu. Beliau sudah terlalu lama berlakon sebagai "Mr. Nice Guy" hingga beliau sendiri benar-benar percaya dirinya benar-benar "Mr. Nice Guy". Orang Sabah kata Jepun bukan negara "cincai", senang-senang tunduk kepada permintaan Malaysia

Wednesday, 15 January 2014

Harga KANGKUNG turun, cuma Khairy pertahankan Najib



Sekarang sebut saja "kangkung", 1 Malaysia tahu cerita disebaliknya. Dan 1 Malaysia terutama netizen di negara ini marah dengan statement "off the cuff" Datuk Seri Najib yang mana seolah-olah menggambarkan beliau tidak memahami kesusahan dan keperitan yang dialami oleh rakyat biasa di negara ini apabila berhadapan dengan masalah kenaikkan harga barang serta minyak yang begitu membebankan. Topik "kangkung" menjadi topik hangat di kedai-kedai kopi, begitu juga menjadi top trending di media maya seperti twitter, facebook, whatsapp/wechat dan juga blog.

Apa yang menarik perhatian saya, ialah apabila seolah-olah tiada pemimpin negara yang lain tampil untuk mempertahankan Datuk Seri Najib. Dan disinilah Khairy Jamaludin berjaya menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin pelapis yang berwibawa dan boleh saya katakan "Deputy Prime Minister material". Hanya beliau saja melalui akaun Twitter beliau yang secara terang-terangan mempertahankan kenyataan Datuk Seri Najib. Rakan twitter nya Datuk Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) juga tidak mengeluarkan sebarang tweet mempertahankan Datuk Seri Najib. Apa lagi Ketua Biro Media Baru UMNO yang baru, langsung senyap dan cuma tahu tangkap gambar selfie syok sendiri dalam Instagram dengan tag #lifestyle. Habislah kalau begini!


Monday, 6 January 2014

Gambar Jesus dibakar gambar PALSU


Jangan terus percaya gambar-gambar yang kita lihat di facebook. Semalam gambar kononnya ahli Pekida dan Perkasa mengadakan demo sambil membakar gambar Jesus tersebar di medial sosial facebook. Gambar tersebut serta merta menjadi "viral" dan mendapat beratus-ratus share dari pengguna facebook yang lain terutama di Sabah dan Sarawak. Sudah pastinya instant reaction mereka ialah marah dan terkejut (termasuklah saya sendiri!)

Tapi saya tidak mahu terus menuduh dan membuat sebarang kesimpulan tanpa usul periksa, dan setelah membuat sedikit "googling" di internet benarlah tanggapan awal saya bahawa gambar Jesus di bakar oleh NGO Melayu tersebut merupakan GAMBAR PALSU!

Perhatikan 2 gambar di atas, gambar pertama merupakan gambar NGO Melayu "membakar gambar Jesus" iaitu gambar yang telah di edit berdasarkan gambar ke dua. Gambar ke dua tersebut merupakan gambar tahun 2010 ketika NGO Melayu tersebut membuat demo berkenaan isu Namewee menerbitkan klip-klip video yang kontroversi. Rujuk isu asal di sini

Sunday, 5 January 2014

Christina Liew Sila bagi Cadangan


Petikan dari kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar sabtu lepas;

" Wan Junaidi had on Saturday said that 300,000 illegal immigrants cannot be repatriated due to reluctance by their countries of origin to accept them due to absence of documents. On a Daily Express report alleging immigrant children, both illegal or otherwise outnumbering local children in some Sabah schools, he said it could be true"

Wan Junaidi, who is also Santubong MP, said they want the illegals to be repatriated as soon as possible as they are a burden because everyday food and healthcare has to be provided to these people which is costing the tax payers RM22.5 million daily "

We know where they are from but so long as they do not have official travel documents which they either destroyed or lost, we cannot send them back as they need passports to enter their own countries "


Christina Liew, Adun Api-Api sekali lagi cuba menjadi hero dalam isu ini, dengan mengatakan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini. 

Saya setuju ini masalah kita di Sabah, saya mahu kerajaan dan pemimpin sekarang berusahalah sedaya upaya supaya dapat kita selesaikan masalah ini. Cuma kita harus sedar, masalah ini juga melibatkan undang-undang negara. Bukannya undang-undang satu negara saja, tetapi melibatkan undang-undang dua buah negara! Christina Liew sebagai seorang peguam patut sedar komplikasi ini, tapi demi menaikkan ' political mileage' nya barangkali dia pura-pura buat tidak sedar. 

Cadangan saya kepada Christina Liew sebagai seorang peguam, jangan cuma tahu membantah atau merungut tapi sertakan juga cadangan-cadangan yang bernas dan konkrit untuk masalah ini. Kerja-kerja merungut ni saya pun boleh buat, tapi apabila ianya melibatkan isu perundangan ini kerja lawyer!

Friday, 3 January 2014

Elaun Anwar RM1 atau RM150 ribu?


Pada tahun 2009, Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor oleh Khalid Ibrahim. Sila rujuk kenyataan akhbat pejabat Menteri Besar Selangor di sini. Beliau turut berkata elaun bulanan beliau cuma RM1 sebulan!

Now, back to the future! Memetik teks sms Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin kepada portal Mole.my baru-baru ini.

" KUALA LUMPUR : The Selangor government paid RM150,000 a year for 2012 and 2013 to its Economic Adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim, not RM15million as alleged by certain quarters. 
 
Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim's political secretary Faekah Husin clarified that the RM150,000 a year allocation was approved by the state treasury and not by the Mentri Besar's office.
 
There has been allegations, following the exorbitant pay hike of Selangor state assembly members, that state economic adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim had also received about RM15 million in office allowances, overseas travel expenses and subsistence. 
 
"It is not true. The Selangor state did not pay RM 15 million to Anwar. If the15 million was approved the mentri besar and his officers would not be facing such pressure as we are experiencing now.
 
"A sum of RM150,000 was allocated by the treasury in 2013 and it was the same provision in 2012," Faekah said in a text message to The Mole "

Rupa-rupanya elaun bulanan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi di Selangor adalah sebanyak RM12,500.00 sebulan (150,000/12) dan bukanlah RM1. Bukankah ini berbohong? bukankah ini menipu??!!